Keluasan isi kandungan adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Selain itu, kandungan buku mampu memberikan kefahaman kepada pelajar serta penjelasan yang mendalam seperti pengenalan terhadap asas-asas kepada setiap tajuk diterangkan sebelum memasuki tajuk yang lebih mendalam.
2) Ketepatan
Konsep, definisi dan fakta yang digunakan dalam buku teks bersesuaian dengan isi kandungan. Maklumat atau paparan yang terdiri daripada grafik seperti gambar foto, lukisan, nombor, reka bentuk geometri dan lain-lain untuk menyampaikan idea.
3) Terkini
Isi kandungan yang dipamerkan di dalam buku teks adalah mengikut perkembangan ilmu dari masa ke semasa. Selain itu, contoh dan kes yang dikemukakan bersesuaian dengan isu semasa terkini.
4) Keupayaan mendorong
Isi kandungan buku teks hendaklah sesuatu yang akan menimbulkan perasaan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan sesuatu perkara. Selain itu, ia akan mendorong agar mempunyai persaingan yang sihat serta mewujudkan sifat peka dan prihatin terhadap ilmu pengetahuan.
No comments:
Post a Comment