Friday, December 16, 2022

8.8 Penutup



        Buku teks sebagai satu sumber rujukan utama kepada guru dan murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, KPM sentiasa mengawal mutu buku teks dengan cara melantik penel penilai yang berpengalaman dalam bidang masing-masing bagi menghasilkan sebuah buku teks yang memenuhi keperluan pendidikan. 

      Berdasarkan penilaian yang dibuat berkaitan buku teks, aspek seperti isi kandungan, bahasa, paparan grafik dalam sesebuah buku memainkan peranan penting dalam menghasilkan sajian ilmu, komponen pendidikan serta aktiviti yang dapat memenuhi kriteria sesebuah buku teks. 

        Oleh itu, penggunaan buku teks secara cekap dan terancang dapat menghasilkan kualiti pengajaran yang lebih berkesan serta menyediakan meklumat yang memenuhi aspirasi pendidikan di Malaysia. Maka proses penilaian ini tuntasnya adalah bagi memastikan murid khususnya dapat memperoleh manfaat yang maksimum dari penggunaan buku teks.

No comments:

Post a Comment

8.8 Penutup

          Buku teks sebagai satu sumber rujukan utama kepada guru dan murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, KPM sentias...