Oleh itu, penggunaan buku teks secara cekap dan terancang dapat menghasilkan kualiti pengajaran yang lebih berkesan serta menyediakan meklumat yang memenuhi aspirasi pendidikan di Malaysia. Maka proses penilaian ini tuntasnya adalah bagi memastikan murid khususnya dapat memperoleh manfaat yang maksimum dari penggunaan buku teks.
Friday, December 16, 2022
8.8 Penutup
Buku teks sebagai satu sumber rujukan utama kepada guru dan murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, KPM sentiasa mengawal mutu buku teks dengan cara melantik penel penilai yang berpengalaman dalam bidang masing-masing bagi menghasilkan sebuah buku teks yang memenuhi keperluan pendidikan.
Berdasarkan penilaian yang dibuat berkaitan buku teks, aspek seperti isi kandungan, bahasa, paparan grafik dalam sesebuah buku memainkan peranan penting dalam menghasilkan sajian ilmu, komponen pendidikan serta aktiviti yang dapat memenuhi kriteria sesebuah buku teks.
8.7.1 Komponen Isi Kandungan
Keluasan isi kandungan adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Selain itu, kandungan buku mampu memberikan kefahaman kepada pelajar serta penjelasan yang mendalam seperti pengenalan terhadap asas-asas kepada setiap tajuk diterangkan sebelum memasuki tajuk yang lebih mendalam.
2) Ketepatan
Konsep, definisi dan fakta yang digunakan dalam buku teks bersesuaian dengan isi kandungan. Maklumat atau paparan yang terdiri daripada grafik seperti gambar foto, lukisan, nombor, reka bentuk geometri dan lain-lain untuk menyampaikan idea.
3) Terkini
Isi kandungan yang dipamerkan di dalam buku teks adalah mengikut perkembangan ilmu dari masa ke semasa. Selain itu, contoh dan kes yang dikemukakan bersesuaian dengan isu semasa terkini.
4) Keupayaan mendorong
Isi kandungan buku teks hendaklah sesuatu yang akan menimbulkan perasaan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan sesuatu perkara. Selain itu, ia akan mendorong agar mempunyai persaingan yang sihat serta mewujudkan sifat peka dan prihatin terhadap ilmu pengetahuan.
Pengenalan
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..
Selamat Datang ke Blog kami 😉
Blog ini bertujuan untuk pembelajaran subjek KPF 4023 iaitu Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah bagi Program Diploma Pendidikan Semester 2 2022 Universiti Pendidikan Sultan Idris. Penulis blog ini terdiri daripada 3 orang ahli iaitu :
Subscribe to:
Posts (Atom)
8.8 Penutup
Buku teks sebagai satu sumber rujukan utama kepada guru dan murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, KPM sentias...
-
Antara komponen analisis dan penilaian buku teks adalah : Dokumen Standard Kurikulum san Pentaksiran (DSKP)
-
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.. Selamat Datang ke Blog kami 😉 Blog ini bertujuan untuk pembelajaran subjek KPF 4023 iaitu Penguru...